Maca, sejenis tumbuhan yang tumbuh melata di kawasan pergunungan di Amerika Selatan.
Pokok ini telah berkurun dikenali sebagai pokok ajaib yang menjadi penawar segala penyakit penduduk peribumi.
Maca telah menjadi perhatian seluruh dunia sekarang ini atas kesedaran tentang keajaiban khasiatnya.
Kalau pokok ini boleh diusahakan di Malaysia alangkah bertuahnya kita.Tentunya ia menjadi satu sumber pendapatan yang boleh menjana kekayaan baru kepada usahawan kita.
Kita boleh meraih pendapatan lumayan dan menguntungkan.Boleh jadi kaya,mungkin hingga bergelar jutawan.
Kalaupun tak dapat jadi jutawan tanam maca, kita masih boleh jadi jutawan dengan produk daripada maca, extremen dan extremewomen.
Klik pada banner di bawah:
Daripada tanaman melata kemudian ia ditanam sejak beribu-ribu tahun pada ketinggian melebihi 14,000 kaki, Maca telah menjadi sumber makanan dan ubat yang penting kepada penduduk tanah tinggi Peru. Di lembah Magic, Peru, sinaran matahari yang terik, udara yang nipis dan tanah organik yang subur menghasilkan beberapa jenis Maca organik yang paling kuat dan tulen!
Pokok Maca mempunyai sejarah yang menarik. Apabila orang-orang Sepanyol tiba pada 1533, pokok-pokok kecil ini disembunyikan sehingga hampir terpupus selama beberapa abad? Pada pertengahan dan akhir 1980-an, Lembaga Sumber Tumbuhan Genetik menyenaraikan Maca sebagai tumbuhan yang diancam kepupusan.
OEN mula menjelajah tanah tinggi Peru dan akhirnya, pada 1994, kami menjadi kumpulan pertama yang memperkenalkan dua puluh semaian akar Maca hidup dan mengagihkannya kepada beberapa tempat di Amerika Syarikat, Eropah, China, Jepun, New Zealand dan India.
Dakwaan tradisional mengenai kelebihan Maca dari segi kesihatan telah disahkan oleh kajian yang terperinci selama 40 tahun ke atas tumbuhan tersebut dari segi nilai makanan dan perubatan (Obregon, 1998). Fakta menyatakan bahawa Maca mempunyai nilai khasiat yang tinggi kerana ia mengandungi kira-kira 59% karbohidrat, 14% protein, 9% serat dan 2% lipid di samping komponen- komponen yang lain. ( Garro, 1972; Garro, Leon y Julca, 1993, dan Deni A., Miglluolo G.Rastrelli L., Saturnino P., dan Schefino O.; 1994; Cabieses 1997).
Kehebatan Maca pada kaum wanita terbukti pada produk ini (Klik pada banner)
Maca mengandungi:
1) Kuantiti asid amino asas yang banyak, seperti asid aspartik, asid glutamik, serina, glisina, arginina, valina dan lisin (Garro, 1972);
2) Asid-asid lemak: asid palmatik, asid linoleik dan asid lemak tepu;
3) Galian-galian (mg/100g), Fe 16.6, Mn 0.8, Cu 5.9, Zn 3.8, Na 18.7, K 2,050 dan Ca 150, serta
4) Vitamin-vitamin Timina (B1), Riboflavin (B2), dan Vitamin C (Garro, 1972 dan Deni A., et al, 1994).
Namun demikian, kepentingan utama Maca adalah hasil daripada penggabungan unsur-unsur khasiatnya yang tersendiri dengan komponen-komponen lain yang meningkatkan kesan-kesan nutrisi/ perubatan. Oleh yang demikian:
1) 4 jenis alkaloid yang dinamakan sebagai makaina 1, 2, 3 dan 4 telah dikenalpasti. Ia merangsang sistem pembiakan kedua-dua jantina (Chason, 1962; Garro, Leon, dan Julca, 1993); boleh juga diambil kira bahawa alkaloid dalam Maca boleh mengaktifkan hormon kalsitonin yang menyelaraskan metabolisme kalsium dan fosforus serta mengaktifkan parathonnon yang terlibat dalam metabolisme yang sama;
2) Kadar kehadiran asid-amino lisin dan arginina yang tinggi di dalam Maca turut memberi kesan ke atas penyelarasan kesuburan lelaki dan wanita ; arginina membentuk 80% daripada sel-sel pembiakan lelaki. Justeru itu, Maca boleh menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kekurangan asid-asid amino tersebut, yang mendorong kepada kekurangan nafsu seks dan mengakibatkan jenis-jenis ketidaksuburan tertentu ke atas lelaki dan wanita;
3) Antara komponen-komponennya ialah sterol-sterol tertentu, (Espinoza dan Poma, 1995); Brassikosterol, Ergosterol, Carnpesterol, delta 7.22 Ergostadienol, dan khususnya Sitosterol (Dini A. et al, 19940). Pembetulan masalah-masalah putus haid dan peningkatan kesuburan wanita juga disabitkan oleh sterol-sterol dan lisina Maca;
4) Glukosinolat-gluskosinolat juga telah ditemui, khususnya benzil isotiosianat (Johns, 1980); penulis tersebut telah berjaya menemui tumbuh-tumbuhan yang mengandungi glukosinolat seperti Maca, dimakan di seluruh dunia kerana kesan tindakannya ke atas proses hormon pembiakan, dan
5) Fruktosa, sejenis gula monosakarida dengan darjah kemanisan 173.3 , lebih tinggi kedudukannya daripada glukosa; fruktosa telah disyorkan untuk menentang kelesuan para atlit; fruktosa merupakan sejenis gula yang digunakan oleh plasma air mani untuk memberi tenaga kepada spermatozoid- spermatozoid.
6) Ujian-ujian ke atas katak, lembu, kambing biri-biri dan sesetengah pemerhatian yang dijalankan ke atas manusia menunjukkan :
i) Peningkatan kesuburan wanita dan penghasilan cecair air mani bagi lelaki.
ii) Haiwan- haiwan yang diberi makan dengan Maca mempunyai berat badan yang sama dengan haiwan-haiwan yang diberi makan dengan produk-produk lain, tetapi, haiwan-haiwan yang diberi makan dengan Maca didapati lebih aktif dan bertenaga, lantaran itu, boleh dikatakan bahawa Maca merupakan sumber tenaga yang hebat tetapi tidak menggemukkan;
iii) Haiwan yang baru lahir daripada haiwan betina yang diberi makan dengan Maca dilahirkan dengan berat badan yang lebih besar
iv) Ia mengawal penyakit riket dan osteomalasia di kalangan kanak-kanak dan golongan dewasa;
v) Ia membantu mengaktifkan semula keupayaan fizikal dan intelektual;
vi) Ia berkesan bagi melawan penuaan pramatang dan kelemahan oganik dengan kehilangan tenaga, dan
vii) Ia membantu mengawal pelbagai jenis anemia.
Sunday, October 19, 2008
Keajaiban Pokok Maca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment